Perak : Harussani dedah konspirasi beberapa pihak
Posted by akupun on March 06 2010 15:50:37
Perak : Harussani dedah konspirasi beberapa pihak
from alkerohi by AFRAR YUNUS

Kelmarin berlangsungnya dialog Perpaduan Melayu bertajuk "Cabaran dan Realiti" di Universiti Kebangsaan Malaysia yang dihadiri oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Dari percakapannya ada beberapa perkara berikut boleh diambil sebagai intipati penting:

Click 'Read More'
Extended News
Perak : Harussani dedah konspirasi beberapa pihak
from alkerohi by AFRAR YUNUS
1 person liked this
Kelmarin berlangsungnya dialog Perpaduan Melayu bertajuk "Cabaran dan Realiti" di Universiti Kebangsaan Malaysia yang dihadiri oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Dari percakapannya ada beberapa perkara berikut boleh diambil sebagai intipati penting:

* PAS bersikap angkuh dengan menolak syor Sultan dan Muft iagar dibentuk kerajaan campuran Melayu di negeri itu pada tahun 2008 iaitu selepas keputusan pilihanraya yang kedua belas
* Harussani diberi kepercayaan oleh Sultan Perak untuk menjadi orang tengah
* Harussani kecewa apabila PAS menolak hasrat Sultan Perak menggabungkan PAS-UMNO dan menolak orang Cina dalam menerajui kerajaan Perak
* Katanya, Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).
* Mufti itu bertanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu dia ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Harussani berkata jika BN ini zalim, dia tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
* Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah
* Mufti itu telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan yang pada awalnya tidak bersetuju tetapi akhirnya berkata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
* Hadi telah hubungi Harussani dan bersetuju dengan cadangan itu.Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad).
* Mufti ini juga telah menghubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju
* PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

Kesimpulannya dari kenyataan Harussani menampakkan bahawa Sultan Perak, UMNO dan Harussani sendiri tidak mahu orang Cina bergabung sebagai kerajaan di Perak biarpun ada kerajaan seumpama itu di Pulau Pinang di bawah Gerakan.

Bermaksud juga sebelum cadangan pembentukan kerajaan dan sebelum nama Nizar dikemukakan kepada Sultan, sudah ada perbincangan belakang tabir. Malah Harussani sendiri menawarkan jawatan Menteri Besar kepada PAS.

Bukankah ini menunjukkan konspirasi sejak dari awal lagi ? Jika di atas nama dan kepentingan Melayu, kenapa di Pulau Pinang dihalalkan pemerintahan Cina Gerakan sejak berpuluh tahun yang lalu ?

Berita Asal Dari : The Malaysian Insider