Aduka Taruna-Secebis Rasa
Posted by akupun on January 27 2010 20:33:35
Tulisan blogger Reformis Jalanan dirujuk:
http://reformisjalanan.blogspot.com/2010/01/aduka-taruna.html
Secebis Rasa:
Reformis jalanan,
ini bukan setakat 'sayang jamaah', ini adalah perasaan marah yg meluap sudah lama disimpan saja demi kebaikan semua, tapi kali ini menimbulkan titik kesudahan, segalanya dikeluarkan sekarang kerna dia telah menyerah bererti dia mengaku bersalah,jikalau dia masih mengaku tulisan dia benar, terus saja tetap pd tulisanya itu,, kenapa ditarik balik? kenapa memohon maaf? lihat seperti Raja petra-dia merasakan tulisanya betul-buatlah mcm mana pun takkan ditarik balik dr blognya, dan sampai kini mempertahankan tulisanya lalu terpaksa mencari perlindungan di negara luar.
Dan bukan Masalah parti PAS yg cuba diutarakan disini, tetapi ISLAM, dulu, seorang pelakon wanita terlepas cakap berkenaan Isteri Nabi S.a.w dgn cara yg tidak betul, pelakon itu di'gam' setahun, Ini,aduka taruna yg teruja ni terang terang maki isteri Baginda Nabi S.a.w sbg STUPID! atau bahasa melayunya isteri nabi BODOH! adakah mereka faham akan akibat berkata demikian kpd isteri Nabi=Siti Aisyah?
Dimana 'rakan2 blogger' yg terlalu menyayangi dia diwaktu dia melafazkan pktn cabul itu? kenapa tak menasihati waktu itu? malah lebih teruk dari itu, bersekongkol dengannya dgn membenarkan tulisan menghina isteri dan sahabat nabi dikeluarkan dilaman mereka sindiri.Akupun heran dengan pendirian 'rakan' blogger dia...
Ahh, tak perlu pusing cerita dgn mengatakan ini yg 'hangat' dengan aduka adalah mereka yg jumud dr pas...soal dan ceritanya adalah lebih dari itu.Ini bukan soal parti dan Raja lagi.Kalau mereka mengatakan orang pas bagai lembu dicucuk hidung dlm soal parti ini, maka mereka yg membenarkan penghinaan keatas isteri nabi,sahabat-Ali Abi Thalib mahu digelar sbg apa?, maaf ku katakan kalau mahu digelar khinzir yg takda hidung juga tidak memadai...
Boleh pulak tulis 'rata-rata orang melayu sukar menerimanya'-ttg tulisan aduka berkenaan perang Jamal-kalau muslim yg normal pikirannya-pasti akan tendang tulisan itu jauh2,melayu yg mengaku islam tapi kaki minum dan tak pernah sembahyang,atau melayu yg ada rasul mcm kahar atau ayah pin mungkin akan terima 'tulisan agama' dari manusia mcm aduka..
Reformis wrote:
"Bagi saya, Aduka Taruna hanya membuat sedikit kesilapan teknikal pada tulisannya. Tulisannya yang kontroversi itu dia tak nyatakan pun ditujukan kepada siapa. Adakah tulisan tersebut menghina? Bukankah mayat seorang Muslim tidak elok dibiarkan lama-lama?"
-kalau ditulis dgn cara ini -"dah mampos buat cara mamposlah" -Itulah namanya MENGHINA encik refomis oi....itu dalam bahasa dan adat melayu sangat menghina jikalau anda masih tak tahu...
Berkenaan Raja ini biarlah dia selesaikan sendiri, tapi perkara berkenaan hinaan ketas islam seharusnya dia minta maaf dgn siapa?
Pendekarblogger.com