Apalah yang nak dibimbangkan jika istilah Allah digunakan oleh pihak Kristian??
Apalah yang nak dibimbangkan jika istilah Allah digunakan oleh pihak Kristian??
from DOKTRINISASI by Jebon
Sungguh lucu apabila melihat kelatah ramai orang Melayu di Satu Malaysia dalam isu istilah Allah. Berimaginasi teori konspirasi kerana ketakutan memberikan justifikasi berdasarkan sentimen bukan berdasarkan ilmu. Pihak Kristian tidak pernah ada tipu muslihat untuk memperdayakan umat lain, tetapi ramai orang Melayu menuduh sembarangan tanpa bukti. Selalu kita lupa bahawa isu ini adalah persoalan ilmu, jika ilmu tauhid orang-orang yang mengaku Islam itu berada dilandasan yang betul, walau bagaimanapun ditafsirkan atau dikategorikan istilah Allah itu tidak akan berkesan dakyah dari pihak mana pun.
Cuba bayangkan jika para ulama tidak prejudis terhadap pihak Kristian sejak awal-awal lagi tentu tidak akan berlaku perbuatan membakar gereja seperti sekarang. Pengaruhnya (influence) adalah dari ijtihad-ijtihad para ulama (Malaysia) yang melarang pihak Kristian menggunakan istilah Allah sejak Zahid Hamidi menjawat di Jabatan Perdana Menteri lagi. Padahal rakyat Sabah/Sarawak yang beragama Kristian menggunakan istilah "Allah" tanpa ada kontroversi dan ini bukanlah baru dipraktikkan sekarang melainkan sudah ratusan tahun diguna pakai. Isu tersebut tidak timbul di Sabah dan Sarawak.
Kebanyakan orang Melayu yang mengaku Islam takut kalau-kalau pihak Kristian dapat memesongkan akidah orang Melayu. Ini merupakan penyakit "ketakutan" yang selalu mengganggu kebanyakan orang Melayu. Dari sudut psikologi ketakutan dan kemarahan adalah gambaran dari kejahilan. Dahulu pun berlaku "ketakutan" yang lebih kurang sama apabila ramai berdemonstrasi merempuh Majlis Peguam (Bar Councill) kerana membangkitkan persoalan keadilan hukum faraid, padahal hukum faraid yang dipersoalkan adalah berupa ijtihad bukan muktamad.
Sudah tentulah penganut-penganut agama yang lain akan menonjolkan keberagamaan mereka yang lebih efisen, tetapi kebanyakan orang Melayu yang mengaku Islam sekarang membuat hukum-hakam yang tidak sesuai dengan konteks zaman, hukum sebat-menyebat, pengharaman yoga, kongsi raya, dan sebagainya. Oleh itu jika ada orang Melayu murtad bukanlah kerana istilah Allah atau pihak Kristian menjalankan agenda tipu muslihat mereka. Kebanyakan orang Melayu (walaupun belajar agama tinggi-tinggi) lebih senang berimaginasikan teori konspirasi dari memikirkan semula ayat-ayat al-Quran untuk tujuan pembaharuan.
Golongan yang murtad masuk agama Kristian kerana salah faham menyangka al-Quran tidak dapat ditafsirkan semula lantaran mereka dapati amalan agama Kristian sekarang lebih up-to-date berbanding amalan-amalan agama yang dilakukan oleh kebanyakan orang-orang yang mengaku Islam. Padahal al-Quran dapat ditafsirkan semula, cuma kebanyakan "orang-orang agama" walaupun belajar agama tinggi-tinggi tidak memikirkan semula ayat-ayat al-Quran, sebaliknya kebanyakan mereka menceduk (copy and paste) ijtihad-ijtihad para ulama zaman dahulu yang banyak tidak sesuai dengan konteks zaman sekarang.
Tahniah kpd Dinar Emas.Juga perlu ada anti Truist law dlm perlembagaan PAS,seba manifesto PAS 1955 ada sebut "hapuskan monopoly".Esui dgn rencana baru saya Anti Trust/anti lintah darat
thats right pakyeh, we r on right track,moving fwd,insy. pru 13 milik kita,tak semua pun 2/3 akn dihilangkan,astora hidup lagi,baru ni adala forumner tt dulu kasi link astora (ntahapentah)
Astora hidup ke mati?
Suroh dia Revolusi di Thailand..Sebelum tu suroh dia revolusi mental di University warongpakyeh dulu.
Kesian Astora Univesity TT dia kena tutup.Kirim salam dgn dia
hahaha...mcm2 la pakyah...xpa pakyeh..nizar ada, kita bley angkat dia jadi pengganti anwar..amacam? anyway, slmt berpuasa pakyeh...semoga ramadhan memberikan kita kekuatan baru.